Monday, December 31, 2007

hidup....&....mati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Seorang ulamak sufi memberi nasihatnya dalam sebuah kitab dan saya olahkan dan kembangkan lagi agar sama-sama kita teliti nasihatnya untuk diri sendiri khususnya dan saudara saya seagama amnya.

Hidup ini sebenarnya hanyalah 3 tahun!
Tahun lepas, tahun ini dan tahun hadapan yang mungkin tahun terakhir kehidupan kita

tapi sebenarnya bukan begitu ia lebih pendek lagi!

Hidup ini sebenarnya hanyalah 3 bulan! alangkah pendeknya.
bulan lepas, bulan ini dan bulan hadapan yang mungkin bulan terakhir kehidupan kita

tapi sebenarnya bukan 3 bulan bahkan hanya 3 hari sahaja!
Hari semalam yang kita telah bernafas, hari ini ketika kita menikmati kehidupan dan hari esok yang tiada kepastian

tapi sebenarnya bukan 3 hari bahkan 3 jam sahaja!
satu jam yang lepas yang kita telah menikmati kehidupan, satu jam sekarang yang kita sedang menikmatinya dan satu jam lagi yang mungkin jam terakhir kehidupan kita!

tapi sebenarnya bukan 3 jam bahkan 3 tarikan nafas sahaja!
tarikan nafas yang kita telah menikmatinya, satu tarikan nafas yang kita sedang menikmatinya dan satu tarikan nafas yang mungkin adalah nafas terakhir dan pulanglah kita kepada Allah Rabbul Jalil!

Oleh itu bersiap sedialah wahai mukminin akan hari dan nafas yang terakhir. Moga kita semua mengakhiri kehidupan ini sebagai mukmin dan muttaqin serta Dai ilallah yang amat-amat mencintai menemui Allah SWT dan merindui akhirat. Bukan pulang kepada Allah sebagai Aasi (pembuat maksiat), pelaku dosa dan kejahatan (faajir). Nauzubillah min zaalik

Tanda orang yang lalai ialah takut kepada mati kerana mati itu penamat segala kenikmatan dunia yang fana ini dan tempat pembalasan bagi segala dosa yang telah mereka lakukan. Orang yang cerdik ialah orang yang merancang akhiratnya dan sentiasa bersiap sedia menemui KhaliqNya. Bukankah akhirat itu lebih abadi dan lebih baik dari negeri dunia yang sementara ini.

Ingatilah Firman Allah SWT Surah Al-Jumuah:

8. Say (to them): "Verily, the death from which You flee will surely meet you, Then You will be sent back to (Allâh), the All-Knower of the unseen and the seen, and He will tell You what You used to do."
8. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

Inna Ad-Deen an-Nasiihatu ....(hadith)

Faqir ilaiHi