wallahu'alam
Roy Rasul Mon | Mar 03, 08 | 6:02:08 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai sedang merancang penipuan besar-besaran bagi merampas Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya pada 8 Mac ini.
PAS dalam sidang media hariannya di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini, mendedahkan perancangan jahat tersebut berasaskan kepada tindak-tanduk jentera BN dan fakta-fakta yang diperolehi. Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, PAS percaya BN akan menggunakan sepenuhnya kepincangan dalam daftar pemilih selain mendapat kerjasama daripada egensi-egensi kerajaan tertentu bagi membolehkan mereka melaksanakan operasinya. Katanya, perkara tersebut dapat dilihat melalui modus operandi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan BN. Pertamanya beliau mendakwa, sepanjang tempoh pendaftaran daftar pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi bagi memboleh wujudnya 'pengundi terancang' di Kelantan. Antaranya beliau berkata ialah kategori pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi pos dan diwujudkan dalam pendaftaran pengundi awam menggunakan kad pengenalan awam. "PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya pengundi yang mempunyai pendaftaran sebagai pengundi pos dan pengundi awam dalam masa yang sama," katanya sambil disokong Setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusof. Selain itu katanya, pengundi yang dipindahkan ke Kelantan tanpa pengetahuan atau didaftarkan tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalannya di Kelantan. Katanya, kebiasaannya pengundi kategori ini biasanya tidak bersedia untuk mengundi kerana mereka berada di luar Kelantan. Seterusnya beliau mendakwa, semasa musim pilihan raya, BN akan menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan 'pengundi-pengundi upahan' dari luar Kelantan dikerahkan ke Kelantan. "Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang iaitu 'pakat kelik ngundi'. Malah dakwanya, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300 sehingga RM600 setiap orang yang turun mengundi ke Kelantan. Tawaran tersebut katanya, dikemukakan kepada sesiapa saja yang berminta tanpa perlu memastikan sama ada orang itu pengundi kelantan atau tidak. Operasi seperti itu dakwanya, dilaksanakan BN untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004 lalu. Umpamanya beliau berkata, berlakunya pertambahan jumlah pengundi dalam daftar pemilih Terengganu yang luar biasa sejak tahun 2000 hingga 2004. Bahkan katanya, PAS menerima maklumat perjalanan-perjalan an yang akan membawa pengundi-pengundi upahan (pengundi hantu) di seluruh negara termasuk daripada beberapa universiti tempatan. Katanya, di atas semangat pertahankan demokrasi, PAS akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi-pengundi hantu daripada masuk ke Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu katanya, PAS mencabar SPR, BN dan semua pihak yang dikaitkan di dalam dakwaan tersebut untuk mengakui atau menafikan dakwaan tersebut dan PAS bersedia untuk mengemukakan mana-mana bukti seperti yang dinyatakan dan bersedia untuk memberi pendedahan. "PAS akan menghantar sesalinan aduan dan pendedahan ini kepada SPR serta pihak-pihak terbabit dan PAS akan mengulangi pendedahan itu sepanjang baki kempen pilihan raya sehingga pihak-pihak yang terbabit menjelaskan kedudukan masing-masing, " tegasnya. |
sumber : http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task=view&id=12929&Itemid=85