Elok dibaca dan ambil ikhtibar dgn keunikan ciptaan ILAHI. Semuga kita
sama-sama mendapat hidayah dari NYA. Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan
bersamalah kita menjalani ibadat puasa dan amalan-amalan yang sepatutnya.
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah
untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling
mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo
pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik
dan masih ramai tidak mengetahuinya.Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah
dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah
yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew
dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Is a Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Is a pernah tersiar dalam
Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari
lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh
pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Is a a.s., Siti
Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar
yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak
dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia.
Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat
bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Is a a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah
tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk
tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi
kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga
jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina,
tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok
tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari
pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya
bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar
betinamengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab)
akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga,
ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang
terkembang dari tandannya.
Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti
'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau
diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna
jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu
kurang dari 55oC.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah
musim menuai. Menurut Pak Long Haji Is a, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa
batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar
betina,kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk
proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina .. Debu
yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga
boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi
debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk
atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara
dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya
bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar
untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak
sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad,
isteri Hj Is a Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium,"
katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar
kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab
pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak
boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat
sayang padanya
Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah
buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar
ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t.
nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan
kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut
kerana bumi barakah ini." Ujar Pak Long dengan senyum lebar.