Friday, August 7, 2009






Apa yang dibaca pesakit dan dibacakan padanya dan ke atasnya dan bertanya tentang keadaannya
  • Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:

a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas

Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:


    Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
    (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)

  • Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:
    Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!
  • Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:

    Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)
  • Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:

    Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.
  • Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):

    Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.
  • Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

    Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”





















Apa yang diucapkan si pesakit kepala atau demam atau selainnya daripada penyakit

















Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca:


Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang membakar.

Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:
(2) Al-Ikhlas
(3) Al- Mu’awwidzatain
Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh badannya, seperti yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah dia berdoa untuk menjauhkan bencana dari dirinya.


















Makruh mencita-citakan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpa diri


















Mencita-citakan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpa diri adalah makruh hukumnya, tetapi jika ia takut fitnah terhadap agamanya, Maka mencita-citakan yang demekian adalah harus hukumnya.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: telah bersabda Nabi s.a.w. Jangan sekali-kali seseorang kamu menginginkan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpanya, dan kalau pun dia terpaksa melakukannya, maka hendaklah dia mengatakan:


Maksudnya: Ya Allah, ya Tuhanku! Hidupkanlah aku selama kehidupanku baik bagi diriku, dan wafatkanlah aku apabila wafat itu baik bagi diriku!























Membolehkan seseorang berdoa supaya matinya di tanah suci


















Diriwayatkan daripada Ummul – Mukminin Hafshah binti Umar r.a. dia berkata: telah berucap Umar r.a.:


Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!- Maka berkata Siti Hafshah kepada ayahnya: Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar: Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku!










Anjuran melunakkan hati pesakit dengan kata-kata yang menghiburkan






















Diriwayatkan daripada Abu sa’id Al-Khudri r.a katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w:


“ Jika kamu datang menjenguk orang sakit, hendaklah kamu melapangkan dirinya darihal ajalnya, kerana yang demekian itu tiada mengubah sesuatu (yang sudah ditakdirkan baginya), tetapi itu akan melunakkan hatinya. (Riwayat Termizi dan Ibnu Majah dengan Isnad dhaif)
















Memuji pesakit tentang amalan-amalannya yang baik dan sebagainya












Apabila terdapat kebimbangan pada diri pesakit, bolehlah dipuji tentang amalan-amalannya yang baik untuk menghapuskan perasaan bimbang itu daripada dirinya, dan supaya menimbulkan perasaan sangka baiknya terhadap Tuhannya s.w.t.

Diriwayatkan daripad Ibnu Abbas r.a.bahawa dia pernah mengatakan kepada Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a. ketika dia ditikam oleh Abu Lu’lu’ah (orang majusi dari Iran) dan kelihatanya dia sangat mengeluh. Berkata Ibnu Abbas: Wahai amirul Mukminin! Jangan Engkau ingat apa-apa! Engkau telah bersahabat dengan Rasulullah s.a.w dan engkau telah memperelokkan persahabatanmu dengan beliau, kemudian beliau telah meninggalkanmu sedang beliau ridha dengan apa yang engkau lakukan. Kemudian engkau telah bersahabat dengan kaum muslimin, dan engkau telah memperelokkan persahabatanmu dengan mereka, maka jika engkau meninggalkan mereka pun, engkau akan meninggalkan mereka sedang mereka ridha dengan segala perbuatanmu itu…… dan seterusnya. Umar menjawab: memang itu semua daripada kurniaan Allah Ta’ala.











Apa yang dikatakan untuk membuka selera pesakit

















  • Diriwayatkan daripada Anas r.a. dia berkata: sekali peristiwa datang Nabi s.a.w. kepada seorang lelaki yang sedang sakit, lalu beliau bertanya: Apakah engkau perlu apa-apa? Engkau hendak makan kuih? Orang itu menjawab: Saya, wahai Rasulullah s.a.w. Maka beliau pun memintakan kuih untuknya (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnus-Sunni dengan isnad dha’if)

  • Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir, dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
    Artinya: “ Jangan kamu memaksa pesakit-pesakit kamu untuk makan, kerana sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.”
    (Riwayat Termizi dan Ibnu Majah- berkata Termizi Hadis hasan)








Para pengunjung kepada pesakit memohon doa daripadanya






Diriwayatkan daripada Maimun bin Mahran daripada Umar bin Al-Khattab r.a. dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. :


Artinya: “ Jika engkau datang menjenguk pasakit, maka mohonkanlah dia berdoa untukmu, kerana doanya sama seperti doa para Malaikat.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnus – Sunni dengan isnad sahih)