Friday, December 28, 2007

Makna Qurban Bagi Kita

Sesungguhnya seluruh aspek manasik ibadah Haji mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku lebih 5000 tahun yg lalu apabila seorang ayah yang telah lama meninggalkan anaknya bersama ibunya kembali dari perantauan menjalankan dakwah bertemu anaknya buat kali pertama setelah ditinggalkan sekian tahun lamanya. Ayah yg amat mengasihi anaknya ini tiba2 diperintahkan Allah melalui sebuah mimpi yg benar untuk melakukan sesuatu yang di luar bidang fikiran dan emosi manusia biasa untuk melakukannya. Perintah itu adalah perintah untuk menyembelih dan mengorbankan anaknya yang amat disayangi yang . Namun sikap seorang hamba yang patuh tanpa soal terserlah bukan sahaja pada bapa tetapi juga pada anak pilihan Allah ini. Bapa yang tidak bersifat diktator ini dengan lemah lembut bertanyakan pendapat anaknya tentang apa yang diperintahkan Tuhan. Kisah ini dirakamkan Allah dalam surah Asshaffat : 102-109

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

Lalu dengan penuh kesungguhan keduanya melaksanakan perintah itu. Mengikut riwayat si anak malah menyarankan kepada bapa supaya menanggalkan baju luarnya agar tiada kesan percikan darah yg tentunya akan menyayat hati ibunya bila melihatnya kemudian. Lalu Si Ayah merebahkan anaknya dan menggunakan pisau yg tajam dgn penuh nekad dan tawakkal melaksanakan penyembelihan itu. Ikhwah dan akhawat bayangkan perasaan si Ayah ketika itu yang sesungguhnya merasakan gejolak perasaan yang tidak digambarkan menyembelih anaknya sendiri. Pisau itu telah pun diletakkan dan secara fizikal dan pasti N Ibrahim telah pun menyembelih anaknya. Kemudian apabila dibuka matanya barulah dilihat anaknya Ismail berada di sebelahnya dan Allah telah menggantikannya dgn binatang yg besar. Subhanallah

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

Itulah Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....diuji Allah untuk membebaskan diri dari segala kecintaan hatta kepada anak sendiri harta yg paling dicintai. Ternyata Allah itu ada cara tersendiri untuk menguji keimanan hambaNya. Setelah terbukti keimanan yang tidak berbelah bagi N Ibrahim dan N Ismail maka Allah berkenan menggantikan Nabi Ismail dengan haiwan sembelihan yang besar....

104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. Dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:

109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".

Robert E Quinn dalam Harvard business review mengatakan

"Leaders are on top of their game when they act from their deepest values and instinct . Usually they tap into these fundamental qualities during a crisis , but it's possible to do anytime; in the right frame of mind...."

Krisis apakah yang lebih besar dibandingkan krisis perasaan dan emosi yang dilalui Nabiullah Ibrahim apabila diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri.....sehingga akhirnya peristiwa tersebut menjadi pemangkin utk mereka berdua mendirikan kaabah sebagai bukti dan mercutanda kecintaan abadi kepada Allah yg maha besar. Hasil kaabah itulah yang masih kukuh berdiri ribuan tahun lamanya dan menjadi pusat manusia semesta dunia tunduk mengagungkan Allah SWT...

Bagi kita mungkin kita tidak berhadapan krisis yg dialami N Ibrahim, namun percayalah dengan betul menghayati syahadah sebenarnya kita sepatutnya mempunyai the right frame of mind untuk mengeluarkan our deepest values and instinct dan berbuat sesuatu utk agama Allah.....

Oleh itu ikhwah akhawat di sebalik ibadah qurban yang kita jalankan setiap tahun itu rupanya terus terpahat iktibar dan pengajaran yg begitu dalam maknanya. Di sebalik penyembelihan dan memerciknya darah binatang qurban kita disuruh untuk sentiasa menyembelih segala sesuatu yang menjadi menghalangi kita dari kecintaan yang sesungguhnya kepada Allah.

Jadi sempena hari raya qurban kali ini lihatlah haiwan yang korbankan, perhatikan darah yang menyembur, bayangkan bahawa kita sebenarnya sedang menyembelih dan memotong pangkat kita, status kita, kebergantungan kita kepada keredhaan manusia, sifat sombong dan merasa cukup kita, harta kita , anak2 dan isteri atau suami kita , nafsu malas dan takut kita serta segala sesuatu yang menghalangi kita dari berbuat yang terbaik dan sekuatnya untuk jalan Allah.

Takbir , Allahu Akbar.

Salam eidul adha.

Dr Hafidzah


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN EIDUL ADHA 1428H

Aidil Adha adalah hari raya paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Kerana itulah, syariat Islam menentukan masa bertakbir dipanjangkan bermula pada malam hari raya (10 Zulhijjah) dan berakhir pada petang Asar hari keempat Aidil Adha (13 Zulhijjah). Sambutan hari raya bukanlah sekadar perayaan bersukaria tetapi ia adalah hari raya umat Islam untuk beramal dan beribadah kepada Allah S.W.T. demi untuk menambah, menguatkan lagi keimanan, ketaqwaan dan sifat tawaduk manusia kepada Allah S.W.T. Amalan yang dituntut seperti:

· Bertakbir (mengagongkan kemahakuasaan Allah S.W.T)

· Bertahmid (memuji-muji kebesaran Allah S.W.T)

· Bertasbih (mensucikan Allah S.W.T. dari sebarang kesyirikan)

· Serta melakukan ibadah korban yang amat dituntut.

Qurban berasal dari perkataan 'qoruba' yang bermakna taqarrub atau dekat. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikan solat kerana tuhanmu dan berqurbanlah" (Al-Kautsar: 1-2)

Dengan semangat Aidil Adha esok, atas semangat korban dan ukhuwwah Islam sama-samalah kita melaksanakan ibadah Qurban, kemudian bersama-sama kariah masjid/surau atau persatuan penduduk menghulurkan tenaga sama-sama gotong-royang melapah dan mengagihkan daging korban kepada yang benar-banar memerlukan.

Tidak lupa mari sama-sama kita membantu dan mendoakan saudara seagama kita di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang ditimpa musibah banjir. Tidak dilupakan saudara baru – saudara baru kita yang baru mendapat hidayah tetapi mungkin terabai kebajikan dan santunan dari kita.

Juga di luar sana betapa peritnya perjuangan umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Kemboja, Selatan Thai, Chechnya, Aceh, Sudan dan lain-lain. Sepanjang tahun mereka berkorban mempertahankan aqidah dan tanah air. Ketika banyak bumi umat Islam bermandi darah dan ramai pula dikalangan umat islam yang kelaparan, bagaimanakah cara yang sebaiknya untuk kita bergembira dan berhari raya esok.

Pengorbanan yang lebih besar selepas ini yang dituntut ke atas kita ialah untuk merealisasikan tujuan penciptaan manusia iaitu menegakkan ubudiyah kepada Allah semata-mata di muka bumi ini. Tuntutan pengorbanan yang lebih besar adalah untuk memastikan setiap insan memainkan peranan sebagai Khalifah di atas muka bumi ini seterusnya untuk menegakkan Islam sebagai satu cara hidup manusia dalam proses untuk menempatkan kembali kekedudukan Islam ditempat asalnya.

Ayuh mari kita bina keinsafan dengan tekad dan janji yang lebih kukuh untuk terus berkorban untuk satu perjuangan yang lebih besar. Semoga Allah mentakdir kita atau anak cucu kita bertemu dengan "perayaan" yang lebih bererti dimana tertegaknya syariat Islam dibumi bertuah Malaysia ini.
~CAM~