nak puasa sepanjang tahun?
saya x mampu..
maka dengan itu...
the Only Lord give us a chance...
Rasulullah s.a.w bersabda...
من صام رمضان وستة أيام بعد الفطر كان تمام السَنَةِ من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها
Maksudnya : Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”(Hadis Riwayat Muslim)
So...mari rakan2 kita berpuasa sepanjang tahun!~
but neway.. hari itu
somebody asked this..
"Wa, boleh ker puasa sunat sekali ngan puasa qadha' ?"
-taken from darulfuqaha'.com-
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum menggabungkan puasa qada’ dan 6 hari syawwal ini.
Menurut kebanyakan ulama, niat puasa yang mengabungkan antara Qada’ dan puasa sunat Syawal hanya menjadikan ia sah untuk puasa qada’ sahaja. Menurut Ibn Hazim kedua-duanya tidak sah. (al-Muhalla, juz 4, hlm. 302) Hujah mereka ialah kerana kedua-dua ibadah tersebut merupakan ibadah yang dimaksudkan dan menjadi matlamat secara tersendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24).
Puasa Qada Ramadhan adalah dituntut kerana meninggalkan puasa Ramadhan. Puasa 6 Syawwal pula dituntut sebagai ekoran daripada puasa wajib Ramadhan.
Mereka sepakat bahawa menggabungkan niat dibolehkan pada ibadah yang berbentuk alat atau pada ibadah yang saling kait-mengait.
Misalnya seorang yang berjunub pada hari Jumaat berniat mengangkat hadas dan mandi sunat Jumaat sekaligus. Janabah terangkat dan pahala mandi Jumaat akan terhasil. Ini kerana ibadah mandi hadas adalah alat untuk mendapat kesucian. Ibadah mandi sunat Jumaat juga bertujuan untuk membersihkan diri.
Begitu juga sekiranya satu amalan itu sememangnya menjadi matlamat manakala satu lagi pula bukan menjadi matlamat. Misalnya seseorang memasuki masjid lalu menunaikan solat sunat sebelum Zohor dan berniat tahiyyatul masjid sekaligus. Ini kerana solat sunat Tahiyyatul masjid tidak menjadi matlamat tetapi yang jadi matlamat ialah solat yang perlu didirikan apabila masuk masjid. Solat sunat sebelum Zohor pula sememangnya menjadi matlamat kerana ia adalah solat yang ada ganjarannya tersendiri.
Sekiranya kedua-duanya menjadi matlamat maka ia tidak boleh digabungkan. Contohnya mengabungkan antara Qada’ subuh dan sunat Dhuha. Qada subuh dituntut kerana meninggalkan solat. Sunat Dhuha pula dituntut kerana masuknya waktu Dhuha. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24).
Sebahagian ulama mengharuskan gabungan antara niat qada’ dan niat puasa sunat.
Mereka berhujah dengan umum dalil umum tentang niat iaitu sabda Nabi saw:
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
Maksudnya: “Amalan-amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan.†(Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530)
Bentuk pengambilan dalilnya ialah: orang yang berpuasa tadi berniat kedua-duanya. Justeru, terhasillah pahala bagi kedua-duanya.
Menurut Zakariya al-Ansari: “sekiranya dia berpuasa di bulan Syawwal kerana qada puasa Ramadhan atau lainnya samada nazar atau sunat yang lain, terhasillah baginya pahala sunat Syawwal kerana paksinya ialah pada wujudnya puasa pada enam hari di bulan Syawwal meskipun tidak menyedarinya. Namun, ia tidak mendapat pahala penuh puasa syawwa melainkan dengan niat berpuasa 6 hari Syawwal lebih-lebih lagi orang yang terluput puasa ramadhan kerana tidak menepati atas dirina kaedah berpuasa ramadhan dan mengekorinya dengan 6 hari syawwal†(al-Syarqawi `ala al-Tahrir, juz 1, hlm. 427).
"korang xley campur adukkan niat puasa qadha skali ngan puasa sunat 6 di bln syawal.... jadinya, korang niat qadha' sajer...insyaAllah... pahala puasa sunat 6 terkndg skali. "
so selamat berpuasa!~
Allahu'alam.
mencuba untuk membuat sebuah penulisan bermanfaat. moga diberi kekuatan